Xi Ucap Tahniah Assoumani Kekal Presiden Comoros

2024-01-31 11:42:36  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Azali Assoumani yang dipilih semula sebagai Presiden Comoros.

Xi berkata hubungan China-Comoros menyaksikan perkembangan pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini, sementara kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memberangsangkan. 

Kedua-dua pihak juga teguh menyokong satu sama lain dalam isu melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama.

Beliau turut menzahirkan kesediaan bersama dengan Presiden Assoumani untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu demi membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.