Xi Ucap Selamat Menyambut TBC kepada Veteran Tentera

2024-01-31 11:37:04  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) kepada veteran tentera.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) menyampaikan salam ketika menghadiri gala anjuran CMC untuk pegawai tentera bersara dari pasukan tentera berpangkalan di Beijing, Isnin.

Disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin, Xi meluangkan masa menyantuni veteran tentera dengan bertanyakan tentang kesihatan dan kehidupan mereka, selain bersama-sama mengimbas kembali pencapaian diperoleh Parti, negara dan pasukan tentera sepanjang tahun lalu.