Xi Utus Tahniah kepada Agong Baharu Malaysia

2024-01-31 16:16:21  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengirim perutusan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia.

Xi berkata sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1974, China dan Malaysia berpegang kepada prinsip saling hormat, sama rata, saling untung dan kolaboratif sehingga kerjasama membabitkan pelbagai bidang mencapai hasil signifikan dan hubungan dua hala mengekalkan momentum perkembangan yang baik.

Tahun 2024 menandakan ulang tahun jubli emas hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serta Tahun Persahabatan China-Malaysia, dan Malaysia akan mengambil alih sebagai penyelaras hubungan China-ASEAN, kata beliau sambil menambah bahawa pembangunan hubungan Beijing-Kuala Lumpur menghadapi peluang baharu.

Xi turut menyatakan kesediaannya menjalin pertukaran muhibah dengan Yang di-Pertuan Agong, membimbing usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke arah mencapai hasil baharu, membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat dua negara, dan menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan serantau.