Tentera Israel Takkan Undur Sebelum Kemenangan Menyeluruh Dicapai: Netanyahu

2024-01-31 14:48:56  CRI
Share with:

Israel tidak akan mengundurkan tentera dari Gaza atau melepaskan tahanan Palestin sebelum mencapai kemenangan menyeluruh, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Kenyataan itu sebagai respons terhadap perjanjian rangka kerja mengenai pelaksanaan gencatan senjata secara berperingkat di Gaza, hasil rundingan empat pihak membabitkan Qatar, Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Mesir di Paris pada Isnin.

Netanyahu berkata pihaknya mustahil menamatkan operasi di Gaza selagi Hamas terus wujud, kesemua tahanan Israel tidak dibebaskan dan Gaza tetap mendatangkan ancaman kepada Israel.