Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-56 Kemerdekaan Nauru

2024-01-31 11:09:11  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Nauru, David Adeang sempena ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara itu pada Rabu.

Xi berkata hubungan China-Nauru membuka lembaran baharu setelah kedua-dua negara memulihkan ikatan diplomatik secara rasmi mutakhir ini.

Beliau menyanjung keputusan politik Presiden Adeang yang mengiktiraf prinsip satu China.

Xi juga menzahirkan kesediaan untuk bersama Adeang memperdalam kesalingpercayaan politik, memperkasa kerjasama pragmatik dan merapatkan pertukaran sosiobudaya demi manfaat rakyat kedua-dua negara.