Menginspirasikan Keindahan yang Terabai Melalui Fotografi

2024-01-31 14:09:35  CRI
Share with:

Seorang blogger fotografi, Shi Jiadong, baru-baru ini diundang datang ke Beijing untuk menonton raptai Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG), yang turut menjadikan ceritanya yang menyampaikan kemesraan dan kebaikan kepada orang lain melalui lensa mula meniti di bibir orang ramai.

Shi Jiale yang dilahirkan pada tahun 2000-an, mula mempelajari forografi ketika masih belajar di universiti dan membuka satu akaun yang bernama "liangtian" (ladang yang subur). Pada mulanya, sama seperti apa yang dibuat oleh kebanyakan jurugambar, dia biasanya berminat mengambil foto untuk jelitawan. 

Namun, tidak lama kemudian Shi mendapati bahawa fotografi boleh membawa makna yang sebenar, iaitu menginspirasikan keindahan yang terabai. Sejak itulah, dia mula mengambil foto kreatif untuk orang biasa dan kumpulan istimewa untuk menginspirasikan keindahan mereka yang terabai.

Misalnya, Shi pernah mengambil foto kreatif untuk seorang gadis yang dihantui satu lalat merah besar pada mukanya, dengan mereka bentuk corak bunga mawar yang selaras dengan 'parut' itu, dan sama juga untuk sepasangan kekasih yang menderita penyakit albinism.

Yang ditangkap Lensa Shi Jiale merupakan refleksi kemesraan dan kebaikan dalam kehidupan, sedangkan setiap gambar yang diambilnya mengandungi satu kisah yang mengharukan.