Majlis Jerayawara Malam Gala TBC 2024 Diadakan di Nairobi

2024-02-01 11:54:22  cri
Share with:


Majlis jerayawara "Overtur Malam Gala Tahun Baharu China (TBC) 2024 dalam Senario Global" anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Nairobi, Kenya semalam.

Dengan mengangkat tema "Rai TBC, Menonton Persembahan Malam Gala CMG", aktiviti itu bertujuan untuk merancakkan pertukaran sosiobudaya antarabangsa dan mencetuskan inspirasi antara pelbagai peradaban. 

Presiden CMG, Shen Haixiong, dalam ucapan menerusi pautan video menyatakan bahawa tersenarainya TBC sebagai salah satu Cuti PBB dalam satu resolusi yang diluluskan dalam sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB tidak lama dulu, memperlihatkan pesona tamadun China dan kebudayaan oriental, serta mencerminkan PBB mengamalkan konsep dan nilai budaya yang pelbagai dan inklusif. 

Beliau berkata, Malam Gala TBC yang pernah diadakan sebanyak 41 edisi telah meninggalkan kenangan indah di kalangan penonton generasi demi generasi, dan menjadi satu saluran untuk dunia mendekati dan mengenali China.

CMG akan mempersembahkan Malam Gala TBC 2024 yang berunsurkan "pemikiran+kesenian+teknologi" yang disifatkan umpama "jamuan malam dari segi kebudayaan" dalam senario global, dan juga bersedia bersama-sama sahabat Afrika untuk mendorong usaha modenisasi dan memberi sumbangan bagi membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang holistik.

Naib Setiausaha Agung PBB yang juga Pengarah Pejabat PBB di Nairobi, Zainab Hawa Bangura berkata, tahun ini menyaksikan TBC tersenarai sebagai Cuti PBB buat kali pertama. Beliau mewakili Pejabat PBB di Nairobi untuk mengharapkan semua orang yang menyambut TBC dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan.

Turut hadir, lebih 200 diplomat pelbagai negara di PBB  dan Kenya termasuk Wakil Tetap China di Program Persekitaran PBB (UNEP) yang juga Wakil Tetap China di Program Habitat PBB dan Duta Besar China ke Kenya, Zhou Pingjian, dan Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi Isu Great Lakes Region, Xia Huang.