Pucuk Pimpinan PKC Bahas Siri Laporan dan Peraturan Kerja

2024-02-01 14:46:59  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat untuk membahaskan siri laporan dan peraturan kerja pada Rabu.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Mesyuarat itu meneliti laporan daripada Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC selepas pucuk pimpinan Parti mendengar dan membincangkan laporan kerja yang dibentangkan kumpulan anggota Parti dari Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi, serta Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC.

Turut dibahaskan pada mesyuarat itu ialah laporan rumusan program kajian teori Parti berhubung pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, garis panduan untuk memperkukuh hasil program kajian teori berkenaan, dan peraturan PKC mengenai pemeriksaan disiplin.