Han Zheng Utus Tahniah kepada Timbalan Agong Baharu Malaysia

2024-02-01 14:39:18  CRI
Share with:

Naib Presiden China Han Zheng menyampaikan perutusan tahniah kepada Sultan Nazrin Shah yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada Rabu.

Han berkata hubungan China-Malaysia mengekalkan momentum baik untuk terus berkembang.

Pada 2023, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai konsensus penting mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, sekali gus menunjukkan hala tuju pembangunan hubungan dua negara pada fasa seterusnya. 

China dan Malaysia meraikan jubli emas ikatan diplomatik serta Tahun Persahabatan pada tahun ini, dan hubungan kedua-dua negara menghadapi peluang baharu. 

Diyakini bahawa melalui usaha bersama, pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia akan terus dimantapkan sehingga membawa limpahan manfaat buat rakyat.