Teliti Diri Sendiri, Usahlah Cari Silap Orang Lain
Mutakhir ini, China dan Amerika Syarikat (AS) bermesyuarat di Beijing untuk bersama-sama merungkai krisis fentanyl.
Suruhanjaya Kawalan Narkotik Negara China menerima kunjungan delegasi antara agensi AS bagi misi antidadah pada Selasa.
Memetik laporan AP sebagai berkata, mesyuarat itu memberi isyarat kerjasama yang positif tatkala China dan AS cuba mengendalikan hubungan dua hala dengan lebih baik.
Kumpulan kerja antinarkotik China-AS yang dirasmikan pada hari itu dilihat antara langkah penting dalam menterjemahkan konsensus dicapai ketua negara semasa pertemuaan di San Francisco.
Mekanisme perundingan dan kerjasama yang diwujudkan agensi antidadah kedua-dua pihak memperlihatkan suasana berhubungan dan berdialog sesama negara terus bertambah baik, yang berperanan konstruktif dalam mendorong hubungan dua hala.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama antidadah antara agenda berkaitan China yang diusahakan AS. Ia mempunyai kaitan rapat dengan fenomena penyalahgunaan bahan kimia seperti fentanyl dalam masyarakat AS.
Mengapa penggunaan dadah jenis fentanyl semakin berleluasa di AS? Di satu pihak, didorong oleh keuntungan, syarikat farmaseutikal besar melobi ahli politik untuk menyediakan naungan dari segi dasar.
Wakil jualan perubatan menggunakan pelbagai cara untuk memujuk doktor supaya mengeluarkan lebih banyak preskripsi, manakala kedai ubat juga menjajakan produk jualan.
Di pihak lain, kerajaan AS kecuaian dalam mengawal selia perkara itu. Terutamanya, polarisasi politik makin menonjol, menyebabkan rang undang-undang berhubung antipenyeludupan fentanyl tertangguh.
Sudah menjadi kelaziman bagi AS mengalihkan perhatian domestik dan mencari kambing hitam apabila negara itu tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri.
Ketika menjalankan kerjasama antidadah dengan China pada beberapa tahun lalu, AS bertindak mengenakan sekatan dengan meletakkan institusi China berkenaan dalam ‘senarai entiti’.
Formula ‘AS jatuh sakit, China ambil ubat’ memanglah satu cara rawatan yang tidak berguna bagi AS ‘melegakan gejala penyakit sendiri’.
Kembali kepada kerjasama antidadah kali ini, ia hanya dapat membantu AS mencipta syarat luaran ke arah merungkai masalah berkenaan.
Jika mahu benar-benar menyelesaikan krisis fentanyl yang dihadapi ketika ini, negara itu perlulah meneliti diri sendiri, membaiki kelompangan keinstitusian dan mengambil tindakan tegas.