Myanmar Lanjut Darurat Enam Bulan Lagi

2024-02-01 14:10:43  CRI
Share with:

Myanmar mengumumkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi di seluruh negara bermula 1 Februari.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pertahanan dan Keselamatan yang diadakan di Naypyidaw pada Rabu.

Terdahulu, perintah darurat selama setahun diisytiharkan di negara itu pada 1 Februari 2021 dengan alasan berlaku penipuan ketika pilihan raya umum. 

Susulan itu, kuasa negara dialihkan kepada Panglima Angkatan Tentera Min Aung Hlaing.

Perintah darurat di Myanmar telah dilanjutkan beberapa kali dengan tempoh masing-masing selama enam bulan.