Perincian dalam Kejayaan Penerbangan Perdana Roket Pembawa Yinli-1

2024-02-01 18:39:08  CRI
Share with:

Roket pembawa Yinli-1 sebagai hasil penyelidikan dan pembangunan OrienSpace, syarikat penerbangan angkasa lepas China untuk kegunaan komersial berjaya menghantar tiga satelit, iaitu satelit No.18, No.19 dan No.20 dalam siri Yunyao-1ke dalam orbit yang dijadualkan melalui penerbangan perdananya baru-baru ini.

Sebagai roket pembawa yang menggunakan bahan bakar padat yang paling besar di dunia, Yinli-1 mempunyai kapasiti pengangkutan yang paling besar dalam kelompok roket kendalian syarikat swasta untuk kegunaan komersial di China. Roket pembawa yang setinggi 30 meter itu, mampu mengeluarkan tolakan sekuat 600 tan pada saat dilancarkan, dan mampu menghantar kenderaan seberat 4.2 tan ke dalam orbit sejauh 500 kilometer dari Bumi yang segerak dengan matahari.