ODI Bukan Kewangan China Naik 11.4 Peratus

2024-02-02 15:41:04  CRI
Share with:

Pelaburan langsung luar negara (ODI) yang dibuat China dalam sektor bukan kewangan direkod sebanyak AS$130.1 bilion pada 2023, meningkat 11.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Data Kementerian Perdagangan (MOFCOM) menunjukkan nilai kontrak baharu membabit projek luar negara menokok 4.5 peratus dari tahun ke tahun dengan mencecah AS$264.51 bilion.

Pada tahun lepas, China menghantar 347,000 tenaga kerja ke luar negara untuk bertugas dalam pelbagai sektor, bertambah sebanyak 34 peratus.

Menurut MOFCOM, kerjasama pelaburan asing dan program bantuan luar yang dilaksanakan China memainkan peranan penting dalam memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan memacu modenisasi ala China.