AS Pencatut Laba daripada Peperangan

2024-02-02 15:05:20  CRI
Share with:

Satu laporan mengenai jualan senjata Amerika Syarikat (AS) ke luar negara pada 2023 mengejutkan seluruh dunia.

Laporan dikeluarkan Jabatan Negara mutakhir ini mendapati jualan senjata oleh AS ke negara lain pada tahun lalu mencipta rekod baharu dengan mencatat AS$238 bilion (RM1.12 trilion), menokok 16 peratus berbanding 2022.

Antaranya, jualan menerusi rundingan langsung oleh kerajaan mencapai AS$80.9 bilion (RM382.7 bilion), meningkat 56 peratus. 

Bagi jualan komersial pula, jumlah berkenaan mencecah AS$157.5 bilion (RM745 bilion), naik 2.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tahun 2023 menyaksikan AS terus mengaut laba sebanyak-banyaknya daripada peperangan.

Tercetusnya konflik serantau menyebabkan persekitaran keselamatan global bertambah kompleks. Mahu tak mahu, banyak negara bertindak memperhebat pertahanan sendiri menerusi pembelian senjata.

Konflik dan peperangan membawa kesengsaraan kepada rakyat jelata, pada masa sama memberi kesempatan kepada kompleks perindustrian ketenteraan AS untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Kini wujudnya kumpulan berkepentingan besar di AS yang terdiri daripada pihak tentera, peniaga senjata, ahli parlimen, institusi penyelidikan pertahanan, kumpulan pemikir dan media.

Seperti dinyatakan Jabatan Negara AS, penjualan dan pemindahan senjata dilihat sebagai alat dasar luar yang penting bagi negara itu.

Jelaslah bahawa semakin kacau-bilaunya dunia ini, semakin banyaknya laba yang dicatut AS.