MOFCOM Komited Manfaatkan Sesi Meja Bulat Babit Syarikat Asing

2024-02-02 15:38:45  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan (MOFCOM) akan terus memanfaatkan mekanisme sidang meja bulat membabitkan syarikat asing untuk menggalakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan bilateral serta multilateral. 

Demikian dinyatakan jurucakap MOFCOM, He Yadong dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Menurutnya, sebanyak 15 sesi meja bulat dianjurkan MOFCOM sejak mekanisme berkenaan ditubuhkan pada Julai 2023, dengan penyertaan lebih 400 syarikat dan persatuan perniagaan asing.

Setakat ini, lebih 300 masalah yang diserahkan syarikat terbabit melalui sesi meja bulat berjaya diselesaikan.

MOFCOM telah menganjurkan sidang meja bulat bersama syarikat Belgium pada 12 Januari, sekali gus menjadi acara seumpama yang pertama bagi tahun ini.