Anda Tahu Tak Apa Maksudnya 'Xiaonian'?

2024-02-02 15:17:52  CRI
Share with:

Menurut kalendar tradisional Cina, 2 Februari 2024 merupakan 'Xiaonian', salah satu pesta tradisional Cina yang juga dikenali sebagai Pesta Pemujaan Dapur. Kononnya, dewa dapur yang bernama 'Zaowangye' wajib terbang ke syurga sempena pesta ini untuk melaporkan apa yang disaksikannya di masyarakat manusia sepanjang tahun lalu. Jadi, pada hari ini, umat manusia dikehendaki mengadakan pemujaan di dapur dan menyucapkan 'selamat jalan' kepada 'Zaowangye'. Biasanya pujaan yang terbabit merupakan manisan yang bermacam-macam seperti gula-gula dan kuih-muih. Diharapkan bahawa 'Zaowangye' nanti akan bermulut manis selepas menikmati kelazatan yang manis-manis tersebut, iaitu memilih melaporkan perkara yang baik di syurga.

Cuba teka, apa bahan utama digunakan membuat gula-gula?

A.gandum B.maltosa C.bawang