PM Li Utus Tahniah Perasmian Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-ASEAN

2024-02-02 18:24:52  CRI
Share with:

Perdana Menteri China Li Qiang mengutus surat tahniah sempena perasmian Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-ASEAN 2024, hari ini.

Li berkata perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN mengekalkan momentum perkembangan yang baik, menyaksikan kerjasama dalam pelbagai bidang membuahkan hasil memuaskan dan usaha membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN terus melakar kemajuan baharu.

Beliau memetik kenyataan Presiden Xi Jinping sebagai berkata, perlunya mengukuhkan asas masyarakat hubungan China-ASEAN bagi memastikan ikatan persahabatan kekal utuh. 

Li menambah, China bersedia bersama negara ASEAN mengambil peluang daripada aktiviti berkenaan untuk mempraktikkan Inisiatif Peradaban Global (GCI), menyemarakkan konsep nilai Asia berteraskan keamanan, kerjasama, keterangkuman dan kesepaduan, dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.