Video Promosi Gala TBC Ditayangkan di Kemboja

2024-02-02 12:29:53  CRI
Share with:

Video promosi Gala Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) ditayangkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap-Angkor di Kemboja pada Khamis.

Aktiviti flash mob bertemakan TBC, pameran produk budaya kreatif serta persembahan tarian singa yang turut diadakan mencuri perhatian para penumpang.

Aktiviti itu diserikan oleh kehadiran Puteri Norodom Jenna sebagai tetamu khas yang dijemput CMG.

Puteri Jenna berkata TBC merupakan perayaan terpenting di China, sementara naga antara simbol budaya negara Tembok Besar.

Puteri Jenna turut melahirkan rasa sukacita berpeluang mempromosi Gala TBC, di samping menganggap acara seumpama membolehkan orang ramai lebih mengenali budaya China.