China Milik Tanah Lembap Paling Luas di Asia

2024-02-02 14:22:29  CRI
Share with:

Hari ini merupakan Hari Tanah Lembap Sedunia ke-28 yang diraikan dengan tema 'Wetlands and Human Wellbeing'. 

Menurut Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Negara (NFGA), keluasan kawasan tanah lembap di China kekal stabil pada keseluruhannya susulan usaha perlindungan dan pengurusan secara sistematik sentiasa diprioritikan.

Setakat ini, keluasan tanah lembap China mencatat 56.35 juta hektar, menduduki tempat pertama di Asia dan keempat di dunia.

China kini mempunyai 82 tanah lembap yang dimasukkan dalam Senarai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar List), selain 58 yang dikenal pasti sebagai tapak penting peringkat negara.