CMG Adakan Sidang Akhbar Perkenalkan Malam Gala TBC 2024

2024-02-02 11:54:29  cri
Share with:


Kumpulan Media China (CMG) mengadakan sidang akhbar semalam untuk memperkenalkan acara persembahan dan penerapan teknologi inovatif dalam Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang akan disajikan tidak lama lagi.

Anggota Majlis Editor CMG, Jiang Wenbo dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa Malam Gala TBC tahun ini akan disiarkan dengan menggunakan teknologi Ultra High-Definition (UHD) menerusi TV, skrin awam dan telefon bimbit.

Seorang petugas dari Pusat Program Kebudayaan dan Kesenian CMG pula menyatakan bahawa suasana meriah boleh terasa semakin menebal seiring dengan berlangsungnya acara persembahan yang beraneka ragam dalam Malam Gala tahun ini, antaranya acara nyanyian yang bercirikan China dan penuh keghairahan akan disajikan seiring dengan irama yang riang gembira yang boleh meninggalkan kenangan zaman ini.

Siaran langsung Malam Gala TBC 2024 anjuran CMG beserta klip video promosinya dapat ditonton melalui lebih 1,000 skrin UHD di luar bangunan di lebih 100 buah bandar seluruh China dan lebih 3,000 skrin di 70 buah bandar di 34 buah negara asing.

Pada masa yang sama, saluran bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Arab dan bahasa Rusia kendalian China Global Television Network (CGTN) dan saluran media baharu dalam 68 jenis bahasa akan bekerjasama dengan 1,500 badan media dari lebih 200 buah negara dan kawasan untuk membuat siaran langsung dan liputan terhadap Malam Gala TBC tahun ini.