Hujan Lebat Landa Mindanao, 770,000 Penduduk Terjejas
2024-02-04 15:07:12 CRI
Seramai 770,000 penduduk terjejas akibat hujan lebat yang melanda Mindanao di selatan Filipina sejak 28 Januari, menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC).
Data NDRRMC menunjukkan cuaca ekstrem itu telah menyebabkan 16 maut, tiga hilang dan 11 lagi cedera setakat ini.