Guterres Gesa Tindakan Praktikal Reda Ketegangan

2024-02-04 14:10:05  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa supaya pihak-pihak terbabit mengambil tindakan praktikal untuk mengurangkan ketegangan.

Demikian kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric ketika menjawab persoalan wartawan mengenai serangan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap Syria dan Iraq.

Dijarric berkata Guterres amat bimbang dengan situasi yang makin meruncing buat masa ini.

Beliau turut melahirkan kekhuatiran terhadap impak konflik yang semakin merebak di rantau yang sudah dalam keadaan bergolak.

Terdahulu, Majlis Keselamatan PBB memutuskan untuk memanggil mesyuarat tergempar berhubung serangan berkenaan pada pukul 4 petang 5 Januari (Waktu Timur AS) atas permintaan Rusia.