AS, Britain Terus Serang Sasaran Houthi di Yaman

2024-02-04 15:38:36  CRI
Share with:

Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan pusingan baharu terhadap sasaran kumpulan bersenjata Houthi di Yaman pada Sabtu.

Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin menerusi satu kenyataan berkata operasi berkenaan dilaksanakan dengan sokongan Australia, Bahrain, Kanada, Denmark, Belanda dan New Zealand.

Menurut laporan New York Times, pakatan tentera AS dan Britain melancarkan serangan ke atas 36 sasaran membabitkan 13 lokasi di kawasan yang dikawal Houthi di Yaman.