Aktiviti 'Prelud Gala TBC' Dianjur di Laos

2024-02-04 16:15:13  CRI
Share with:

Siri aktiviti 'Prelud Gala Tahun Baharu Cina (TBC)' yang diadakan di Laos membolehkan rakyat tempatan dan pengembara asing menghayati budaya dan tradisi berkaitan perayaan TBC.

Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone memberikan penghargaan tinggi kepada aktiviti anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu dan menganggap ia dapat menggalakkan persefahaman sesama rakyat.

Beliau berkata siri aktiviti bertemakan TBC membawa kegembiraan kepada masyarakat tempatan, sekali gus menjadikan sektor pelancongan lebih dinamik. Aktiviti pertukaran budaya seumpama juga membolehkan rakyat Laos lebih mengenali seni budaya China.