Perarakan "Warm Spring-Happy Spring Festival" di Dubai
Majlis perasmian aktiviti perarakan "Warm Spring-Happy Spring Festival” Dubai 2024 diadakan di Taman Burj Khalifa, mercu tanda bandar Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu waktu tempatan.
Aktiviti yang diadakan di ambang Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 dan bakal berlangsung selama empat hari itu melibatkan pertunjukan kesenian, sesi promosi khas, pameran kebudayaan tradisional serta sains dan teknologi canggih, gastronomi dan permainan, yang turut menandakan permulaan siri aktivit perayaan untuk menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-UAE sepanjang tahun.
Duta Besar China ke UAE, Zhang Yiming dalam ucapannya berkata, dalam tempoh 40 tahun yang lalu, dengan keprihatinan dan bimbingan bersama pemimpin kedua-dua negara, China dan UAE telah mencapai lonjakan besar dalam perkembangan hubungan bilateral, membuahkan hasil yang menggalakkan dalam kerjasama pelbagai bidang dan mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan rakyat. Beliau menzahirkan harapan agar perayaan TBC boleh membantu rakyat UAE menghayati budaya China dan meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.
Setelah aktiviti perarakan bermula, video promosi Malam Gala TBC anjuran Kumpulan Media China berulang kali disiarkan melalui satu skrin besar yang terpasang di pentas pusat yang turut menjadi lokasi tumpuan pelancong. Para penonton bukan dapat merasai suasana meriah di ambang TBC setelah menonton siaran video itu, malah juga sudah memupuk aspirasi untuk menonton siaran langsung Malam Gala TBC yang akan disajikan tidak lama lagi.