Perayaan TBC Buat Julung Kali Diadakan dalam Palais des Nations Geneva

2024-02-05 15:53:42  CRI
Share with:

Lebih 300 tokoh pelbagai negara telah menghadiri majlis resepsi Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Palais des Nations Geneva pada Jumaat lalu.

TBC 2024 merupakan yang pertama dirayakan setelah tersenarainya sebagai hari cuti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA). 

Duta Besar China ke Pejebat PBB di Geneva dan pelbagai pertubuhan antarabangsa di Switzerland, Chen Xu berkata, beliau berasa gembira kerana dapat berkongsi keriangan TBC dengan pelbagai negara di dunia, dan berharap berpelukan dengan peradaban yang pelbagai supaya menggalakkan saling belajar antara tamadun yang berlainan. Pada tahun baharu, China akan terus mendorong modenisasi menerusi pembangunan berkualiti tinggi, sekaligus merancakkan kerjasama multilateral yang berteraskan PBB, supaya menyumbang lebih banyak demi kedamaian dunia dan pembangunan bersama.

Ketua Pengarah PBB di Pejabat Geneva, Tatiana Valovaya mengucapkan "Selamat TBC" dalam bahasa Mandarin kepada para tetamu. Beliau berkata, TBC adalah satu hari raya yang mempunyai adat resam yang bersejarah.

Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala juga mengucapkan "Selamat Tahun Naga" kepada rakyat China. Beliau mengidamkan kedamaian dunia dan ikrar membela amalan multilateralisme. Sementara itu, beliau juga menyeru pelbagai negara di dunia berganding bahu bagi menangani masalah yang dihadapi dalam senario global.

Dimaklumkan, majlis resepsi terbabit dianjurkan bersama oleh Misi China ke Geneva, Misi China ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pejabat PBB ke Geneva.