Li Qiang Bertemu Mesra dengan Perwakilan Pakar Asing di Majlis Sembang TBC

2024-02-05 11:55:03  cri
Share with:

Pada saat menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024, Perdana Menteri China, Li Qiang telah bertemu mesra dengan perwakilan pakar asing yang bertugas di China yang dianugerahi Hadiah Persahabatan Kerajaan China 2023 dalam Majlis Sembang Santai di Dewan Besar Rakyat di bandar Beijing pada petang semalam.

Li menyampaikan salam dan Selamat TBC kepada perwakilan pakar asing dan ahli keluarga mereka, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi perhatian dan sokongan terhadap pembangunan serta pembinaan China, di samping mendengar pandangan dan cadangan mereka terhadap pembangunan China dan kerja kerajaan. 

Li menegaskan bahawa pembangunan China adalah pembangunan yang terbuka. China mengalu-alukan kedatangan insan berbakat dari pelbagai tempat seluruh dunia. 

Menurut Li, kerajaan China akan terus menyempurnakan dasar berkenaan, memudahkan pertukaran keanggotaan, meningkatkan perlindungan hak dan kepentingan termasuk hak cipta intelek untuk membentuk persekitaran yang lebih baik bagi warga asing yang berkaliber yang bertugas dan tinggal di China.

Perwakilan pakar dari Switzerland, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Thailand dan Rusia telah menyampaikan ucapan melibatkan kerjasama inovasi sains dan teknologi, pembangunan hijau, pendidikan modal insan dan lain-lain.