Xi Mahu Hasil Tercapai dalam Kempen Pendidikan Parti Terus Diperkukuh

2024-02-05 16:06:07  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) China, Xi Jinping mengarahkan bahawa hasil yang tercapai dalam kempen pendidikan mengenai pembelajaran dan pelaksanaan pemikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu diperkukuh, pendapat yang terbabit ditangani dengan baik serta  mekanisme yang kondusif dibentuk untuk jangka masa yang panjang.

Penekanan itu dibuat Xi ketika mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC untuk membahas laporan mengenai kempen pendidikan tersebut dan pendapat tentang memperkukuh dan memperluas hasil yang tercapai dalam kempen pendidikan itu baru baru ini. 

Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyeru supaya pembelajaran teori terus dipertingkat, mendorong penyelesaian masalah dengan berterusan, terus membaiki budaya kerja, memperkukuh tadbir urus di peringkat akar umbi dan bertindak pantas melaksanakan skim pendidikan Parti supaya dapat mendorong pembangunan berkualiti tinggi melalui pelbagai hasil yang tercapai.