Majlis Penyampaian Hadiah Persahabatan Kerajaan China Diadakan di Beijing

2024-02-05 11:29:52  cri
Share with:

Majlis penyampaian Hadiah Persahabatan Kerajaan China 2023 telah diadakan di Beijing semalam.

Ahli Dewan Negara China, Shen Yiqin ketika berucap kepada para pemenang yang merupakan pakar asing yang bertugas di China, menekankan bahawa hendaklah berpandukan arahan Presiden Xi menjalankan dasar modal insan yang lebih aktif, terbuka dan berkesan supaya dapat meningkatkan kemudahan bagi golongan pakar asing yang bertugas dan tinggal di China, dan pembinaan modenisasi ala China adalah terbuka kepada warga asing yang berkaliber.

Hadiah Persahabatan Kerajaan China bertujuan memberikan pujian dan kehormatan kepada pakar asing yang bertugas di China yang pernah memberi sumbangan penting dalam pembangunan dan pembaharuan China. Seramai 50 orang pakar asing dianugerahi hadiah tersebut pada 2023.