Raptai Kali Keempat Gala TBC CMG Selesai

2024-02-05 13:35:24  CRI
Share with:

Raptai kali keempat Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan jayanya pada Ahad.

Pelbagai persembahan kreatif seperti wusyu, nyanyian lagu rakyat dan sebagainya akan disajikan dalam gala itu untuk mengetengahkan imej musim bunga.

Selain itu, wakil-wakil dari pelbagai kalangan masyarakat yang memberikan sumbangan cemerlang dalam kerjaya masing-masing juga dijemput menonton raptai tersebut.

Lima hari kemudian, iaitu pada malam 9 Feb, Gala TBC atau "Chunwan" yang disifatkan sebagai 'jamuan budaya' akan disiarkan melalui pelbagai plafform CMG kepada penonton di serata dunia.