Pertunjukan Cahaya Lampu 'Overtur Gala TBC' di Brazil

2024-02-05 14:05:00  CRI
Share with:

Siri aktiviti "Overtur Gala TBC, Menonton Persembahan Malam dalam Senario Global " telah diadakan di Taman Donna Lindu bandar Recife, Brazil kelmarin.

Berlangsungnya siri aktiviti anjuran bersama Konsulat Jeneral China ke Recife dan Pejabat Am Amerika Latin Kumpulan Media China (CMG) itu bersempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 yang merupakan 'tahun naga' dan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Brazil.

Lebih 4,000 orang penonton pertunjukan cahaya lampu di tapak temasya tersebut telah menerima salam dari dua belas patung Fuwa (anak bertuah) yang dibuat oleh staf CMG.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebudayaan Recife, Ricardo Mello. Beliau ketika menyampaikan ucapan berbesar hati melihat aktiviti terbabit diadakan di Recife, yang dipercayai boleh membantu rakyat Brazil mengenali kebudayaan China dengan baik. 

Untuk rekod, tersenarainya TBC sebagai perayaan rasmi bermula tahun 2022 di bandar Recife, yang pertama di Brazil yang menetapkan TBC sebagai perayaan rasmi, mencerminkan persahabatan mendalam antara rakyat kedua-dua negara.