Kempen "Pakej Produk Fesyen Domestik Lambaian TBC 2024”Dilancarkan CMG

2024-02-05 13:54:55  CRI
Share with:

Kempen media bersepadu yang bertema “Pakej Produk Fesyen Domestik Lambaian TBC 2024” dilancarkan Kumpulan Media China (CMG)pada Ahad.

Kempen itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti secara hibrid sepanjang tahun untuk membudayakan produk fesyen buatan China di kalangan pengguna bermula tempoh perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024.

Yang turut hadir dalam majlis pelancaran kempen itu melibatkan Naib Presiden CMG Hu Jingjun dan Ahli Lembaga Editorial CMG merangkap Pengurus Besar, Peng Jianming.  

Peng dalam ucapannya berkata, tahun 2024 akan menyaksikan siri tindakan media bersepadu CMG untuk membudayakan jenama domestik, dan menggalakkan penggunaan produk fesyen buatan domestik bagi menyumbang kepada terbentuknya paradigma pembangunan baharu yang bertunjangkan kitaran domestik serta disokong oleh kitaran domestik-antarabangsa yang saling menggalakkan.

Siri langkah tawaran harga yang mesra pengguna sepanjang musim perayaan TBC bertujuan memberi potongan harga yang sebenar kepada rakyat seluruh negara. Melalui pelaksanaan kempen media bersepadu tersebut, CMG dan jabatan kerjasama yang terbabit komited bertindak pantas mencari dan membudayakan produk fesyen buatan domestik di seluruh negara, dan menggalakkan penggunaan produk domestik yang dilihat boleh menyuntik momentum yang kuat kepada ekonomi China sepanjang perkembangannya ke arah yang berkualiti tinggi.