Pertumbuhan Ekonomi Global Semakin Pulih

2024-02-06 14:03:55  CRI
Share with:

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Industri Perkilangan Global bagi bulan Januari yang diumumkan oleh Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini, menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding bulan yang lalu, dan juga menandakan pertumbuhan ekonomi global semakin pulih.

Menurut laporan CFLP, PMI industri perkilangan global bagi Januari lalu meningkat 1.3% berbanding Disember 2023, dengan mencatat 49.3%, iaitu satu paras yang tertinggi sejak Mac 2023.

Pakar berkenaan menyatakan bahawa industri perkilangan yang semakin pulih akan membawa pengaruh positif ketika membuat unjuran terhadap ekonomi global. Menurut jangkaan terkini dilakukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ekonomi global bagi tahun 2024 akan meningkat 3.1%, iaitu lebih tinggi 2% berbanding jangkaan dibuatnya pada Oktober tahun yang lalu.

PMI industri perkilangan bagi Januari di rantau Asia pula mencatat 50.4%, naik 0.6% berbanding Disember tahun yang lalu. Dari kategori negara, PMI industri perkilangan di China, Jepun, Korea Selatan dan India masing-masing meningkat pada tahap yang berlainan. Menurut pandangan pakar berkenaan, ekonomi China yang kekal pulih dan mapan tetap pendorong penting bagi ekonomi Asia berkembang semula ke arah yang kental dan akomodatif.

IMF dalam laporan terkini meningkatkan jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik 2024 dari 4.2% yang dibuat pada Oktober tahun yang lalu kepada 4.5% pada masa ini, manakala meningkatkan jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi China 2024 dari 4.2% kepada 4.6%.