Jumlah Tontonan Video Promosi Gala TBC Melebihi 43 Juta Sehari
2024-02-06 11:21:29 CRI
Video promosi Gala Tahun Baharu Cina (TBC) Kumpulan Media China (CMG) disiarkan di plafform CNN melibatkan saluran tempatan di Amerika Utara, saluran antarabangsa Amerika Utara, saluran Eropah antarabangsa, Asia Barat dan Afrika, dan saluran antarabangsa Asia-Pasifik pada Isnin. Pada hari penyiaran pertama, jumlah tontonan melebihi 43 juta.
Dalam pada itu, laman sesawang dan aplikasi CNN akan menawarkan zon khas Gala dan Kebudayaan TBC untuk membolehkan pelanggannya lebih mengenali budaya tradisional TBC.