Gala TBC CMG Dipromosi di Pertandingan Muay Thai
Video promosi Gala Tahun Baharu Cina (TBC) Kumpulan Media China (CMG) dan produk kebudayaan dan kreatif CMG muncul dalam Pesta Muay Thai Antarabangsa Thailand 2024 pada 4 Feb. Ini julung kalinya video promosi Gala tersebut dan produk kebudayaan dan kreatif CMG diperkenalkan dalam acara pertandingan sukan di Thailand.
Dalam pertandingan tersebut, juruacara memperkenalkan Gala TBC CMG kepada lebih 10 juta penonton tempatan dan asing melalui siaran langsung televisyen dan Internet. Beliau yang memakai "Topi Loong (naga)" juga mengambil peluang itu mengeluarkan undangan kepada warganet seluruh dunia untuk bersama-sama menonton Gala TBC tahun Loong CMG.