Xi Ucap Takziah Atas Kepergian Bekas Presiden Namibia Geingob

2024-02-06 15:08:32  CRI
Share with:

Setelah bekas Presiden Namibia Geingob meninggal dunia, Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Namibia Memba yang baru menyandang jawatannya pada 5 hb Februari, dan mewakili pihak kerajaan dan rakyat China berdukacita kepada kerajaan dan rakyat Namibia dan saudara-mara mendiang.

Xi menegaskan bahawa mendiang Geingob sebagai pemimpin Namibia yang cemerlang, pernah menyumbang kepada perkembangan perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Namibia dan ikatan persahabatan antara China-Namibia malah China-Afrika. Kepergiannya adalah kehilangan besar bagi rakyat Namibia, sedangkan rakyat China juga kehilangan seorang kawan baik.

China menghargai persahabatan tradisional yang mendalam dengan Namibia, bersedia bekerjasama dengan Namibia untuk mendorong perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara berkembang terus.