Jualan Runcit Produk Pengguna 2023 Terus Pulih, Catat RMB47.1 Trilion

2024-02-06 15:25:36  CRI
Share with:

Jualan runcit produk pengguna sosial China sepanjang tahun 2023 bertambah 7.2% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencecah RMB47.1 trilion (RM31.2 trilion), sekaligus menyumbang 82.5% terhadap pertumbuhan ekonomi. Antaranya jualan runcit perkhidmatan meningkat 20.0%, yang termasuk sektor katering yang menyaksikan peningkatan pendapatan 20.4%, dan buat julung kalinya memeceah RMB5 trilion (RM3.3 trilion).

Pada sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara hari ini, Naib Menteri Perdagangan, Sheng Qiuping memaklumkan, pihaknya telah melancarkan siri aktiviti berhubung "tahun promosi penggunaan" yang merangkumi langkah menggalakkan pembelian kenderaan dan barangan untuk kegunaan isi rumah bagi memulihkan penggunaan secara berterusan.

Sementara itu, jualan runcit dalam talian bagi tahun 2023 yang berjumlah RMB15.4 trilion (RM10.2 trilion) menjadikan China menduduki tempat pertama dalam ranking global untuk sebelas tahun berturut-turut. Sementara itu, jualan runcit barangan dalam talian menyaksikan peningkatan sebanyak 8.4%, sekali gus menjadikan nisbahnya dalam jualan runcit produk pengguna masyarakat China meningkat ke 27.6%. 

Bagi kategori penggunaan produk mesra alam, kesihatan dan pintar, jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) bertambah 37.9%, menjadikan nisbahnya dalam keseluruhan jualan kenderaan meningkat ke 31.6%.