CMG Anjurkan Sesi "Prelud Gala TBC" di Indonesia

2024-02-06 13:37:58  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) mengadakan sesi "Prelud Gala Tahun Baharu Cina (TBC)" di Indonesia pada 2 Feb.

Video promosi Gala TBC ditayangkan di kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung. 

Di samping itu, pelbagai produk kebudayaan dan kreatif CMG serta karya kaligrafi dan hiasan yang mempunyai elemen TBC turut dipamerkan di stesen kereta api HSR itu.

Difahamkan, video promosi Gala TBC tersebut akan ditayangkan sekurang-kurangnya 1,680 kali dalam tren HSR Jakarta-Bandung selama dua minggu.

Untuk rekod, HSR Jakarta-Bandung telah menghantar lebih 1.45 juta penumpang sejak ia memulakan operasi secara rasmi pada Oktober 2023.