Eksport Xinjiang ke Lima Negara Asia Tengah Terbanyak di China

2024-02-06 15:32:00  CRI
Share with:

Import eksport wilayah autonomi Xinjiang dengan lima negara Asia Tengah pada tahun 2023 melambung 50% berbanding tahun sebelumnya, dengan menokok sebanyak RMB283.67 bilion (RM187.82 bilion), iaitu menyumbang 79.4% dalam keseluruhan perdagangan luar wilayah itu. Antaranya, jumlah eksport bertambah 23.2% dengan mencatat RMB246.57 bilion (RM163.26 bilion), iaitu yang terbanyak di seluruh negara China.

Menurut Kastam China di Urumqi, jumlah import eksport antara Xinjiang dengan tiga rakan dagang yang terbesar baginya, iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan masing-masing melambung 70.8%, 25.8% dan 93.4%.

Kini, terdapat 7 zon perdagangan sempadan yang mendapat pertauliahan khas dari pihak berkuasa tempatan beroperasi di Xinjiang, termasuk tiga zon yang baru dipulihkan operasinya yang berkaitan dengan Kazakhstan yang masing-masing terletak di pintu sempadan Baktu, Khorgos, Pas Alataw.