“Daya Produktif Mutu Baharu”, Perkataan Tular di China

2024-02-06 15:35:53  CRI
Share with:

“Daya produktif mutu baharu” menjadi perkataan yang tular di China sejak mutakhir ini. Perkataan ini dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping ketika meninjau ke kawasan timur laut China pada September lalu. Sejak dikemukakan, perkataan ini menarik perhatian tinggi masyarakat awam dan menjadi perkataan tular pada tahun lalu.

Konsep “daya produktif mutu baharu” terdiri daripada tiga maksud. Pertama ialah “daya produktif”. Daya produktif merupakan keupayaan manusia untuk mengubah alam semula jadi, pelbagai revolusi perindustrian dalam sejarah adalah berpunca daripada pembaharuan daya produktif. Kedua ialah “baharu” yang merujuk kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu inovasi perindustrian, sebaliknya bukan bergantung kepada pengeluaran dan pengeksportan produk perindustrian peringkat rendah. Dan ketiga ialah “mutu”. Berbanding dengan cara menambah kuantiti produk dan mendorong pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan jumlah pekerja dan dana yang besar, “daya produktif mutu baharu” lebih mementingkan sains dan teknologi canggih serta cara pembangunan yang berefisien dan bermutu lebih tinggi.

Apakah pengaruhnya “daya produktif mutu baharu” kepada dunia?

Meningkatkan “daya produktif mutu baharu" akan memberikan pengaruh besar kepada kerjasama antarabangsa bagi menyelesaikan masalah yang masih belum diketahui. Presiden Xi mengatakan bahawa manusia lebih memerlukan kerjasama antarabangsa, keterbukaan dan perkongsian berbanding dahulu untuk merungkai masalah pembangunan bersama. Tiada mana-mana negara boleh menjadi pusat inovasi atau menikmati hasil inovasi secara bersendirian. China akan membina suasana terbuka dan inovatif yang mempunyai daya saing sejagat, “daya produktif mutu baharu” pasti akan mendorong lebih banyak kerjasama antarabangsa.