Shenyang Dihiasi Aneka Tanglung
2024-02-06 16:50:19 CRI
Pesta Tanglung Fangcheng 2024 membuka tirai di daerah Shenhe, bandar Shenyang di provinsi Liaoning baru-baru ini.
Sempena berlangsungnya pesta itu, bandar Shenyang terserlah indah dengan hiasan lebih 30 set tanglung gergasi beraneka warna dan corak, sekali gus menyemarakkan suasana sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).