Apa Sebabnya Produk Buatan China Laris Dijual di Luar Negara

2024-02-07 15:37:00  CRI
Share with:

Suasana meriah bukan sahaja menebal di dalam negeri China, tetapi juga boleh terasa di seberang laut pada saat menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024. Setakat ini, hampir 20 negara di seluruh dunia mengisytiharkan TBC sebagai cuti umum negaranya, dan kira-kira satu perlima daripada populasi di dunia meraikan TBC pada skala yang berlainan.

Baru-baru ini, satu video tentang seorang wanita Britain membeli sebiji kereta elektrik berjenama China sebagai hadiah TBC untuk abangnya menjadi tular di media sosial.

Perangkaan dari platform e-dagang rentas sempadan Kumpulan Alibaba China menyaksikan produk-produk yang berelemen "naga China" seperti Ang Pao, guntingan kertas berbentuk bunga yang ditempel pada tingkap, seni ikatan tali China, dan kuplet serta "kotak buta TBC" yang diisi pakej produk berjenama China secara rawak laris dijual di lebih 100 buah negara.

Produk buatan China yang laris terjual di ambang TBC sekarang ini, sebenarnya sudah mendapat sambutan baik dari golongan pengguna di seberang laut seawal beberapa tahun yang lalu.  

Prestasi jualan produk buatan China yang baik di pasaran global berikutan pelbagai kelebihan miliknya seperti praktikal, berkualiti, berteknologi maju, harganya berpatutan, perkhidmatan penjualan yang mudah dan cekap, dan kesemuanya ini dilihat tidak terlepas dari kehebatan China yang mengujakan dalam bidang rantaian perindustrian dan bekalan.

Satu laporan yang dikeluarkan bersama Ernst & Young, sebuah firma perakaunan antarabangsa dengan institusi China baru-baru ini menunjukkan, China merupakan pangkalan pembuatan dan pengeksport penting di dunia dalam bidang produk elektronik penggunaan dan perkakas elektrik untuk kegunaan isi rumah, dengan menyumbang lebih 22% kepada pasaran jualan dalam senario global.

Golongan pengguna di seluruh dunia tertarik dengan produk buatan China yang bukan sekadar kualitinya baik, tetapi juga mempunyai nilai budaya yang unik dan menarik.

Unsur-unsur budaya tradisional China terserlah pada banyak produk buatan China yang laris dijual di luar negara. Sebagai contoh, seni mikrorelief budaya Timur digunakan pada gincu oleh sesuatu jenama kecantikan China, teknik porselin putih yang berusia seribu tahun digunakan pada pembungkusan produk, dan seni perak etnik Miao digunakan pada kotak pembungkusan produk solek. Produk buatan China yang melibatkan produk budaya dan kreatif  Istana Kuno dan Sanxingdui, produk yang reka bentuknya berunsur wanita tradisional China atau 'patung tanah liat perwira dan kuda' laris dijual di luar negara. Pada masa ini, China melonjak ke tangga ketiga dalam ranking global, dengan mempunyai 48 produk buatan domestik yang berbeza jenamanya yang terpilih sebagai   "500 Jenama Paling Berpengaruh di Dunia". 

Produk buatan China yang sejak sekian lama menyerlah di pentas dunia, bukan sahaja menyumbang kepada kemakmuran perdagangan dan pembangunan ekonomi global, tetapi juga memperkasa pertukaran dan pembelajaran sesama pelbagai tamadun, bahkan menyuntik 'momentum China' kepada pembangunan masyarakat antarabangsa.