China Sambut Lebih Ramai Pelancong

2024-02-07 15:32:04  CRI
Share with:

Maye Musk, ibu Elon Musk memuat naik gambar dengan tanglung Sambutan Tahun Loong China ketika melancong di Shanghai baru-baru ini. Elon Musk menulis komen “More people should visit China” di bawah hantaran tersebut.

 

Maye Musk telah beberapa kali melawat Beijing, Guangzhou, Chengdu, Suzhou, Xiamen, Wuhan dan beberapa bandar China pada tahun 2023. China memang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia.

 

Dasar pengecualian visa dilaksanakan untuk pelancong dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, serta saling mengecualikan visa dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan beberapa negara lain sejak hujung tahun 2023. China percaya saling melawat merupakan cara yang paling baik untuk saling memahami.

 

Seorang netizen Eropah berkongsi tentang isterinya yang baru selesai membuat lawatan kerja selama 11 hari ke enam bandar di China di akaun X beliau. Katanya, pengalaman itu umpama keluar dari Star Trek Enterprise ke satu planet primitif. Lalu ada kawan bertanya adakah hantaran itu bermaksud China sangat ketinggalan zaman? Dia menjawab bahawa bukan, itulah yang dirasakan oleh isterinya ketika kapal terbang mereka mendarat di Eropah.

 

Seorang netizen lain bersetuju dan berkongsi pengalamannya bahawa setiap kali balik dari Shenzhen ke Frankfurt, umpama beliau kembali ke 30 tahun yang lalu dengan menaiki mesin waktu.

 

Bagaimanapun, imej China dalam laporan media Barat adalah berbeza. Oleh sebab ramai penulis tidak pernah melawat China, mereka menggambarkan China berdasarkan bahan yang diperoleh melalui Internet. Tidak disangka kebanyakan bahan tersebut juga ditulis oleh golongan yang sama.

 

Ada media Barat baru-baru ini melaporkan bahawa China akan menghadapi imigrasi terbesar di dunia sempena TBC berikutan situasi ekonomi yang suram. Namun, seorang netizen Britain berkongsi ikon yang memperlihatkan pertumbuhan KDNK China yang mencatat 5.2%, sedangkan USA mencatat 2.5%, UK 0.5%, Jerman -0.3% dan membuat komen bahawa itulah “situasi ekonomi yang suram” dalam propaganda media tersebut.

 

“Imigrasi terbesar di dunia” yang dijangka melibatkan kira-kira enam bilion kali lawatan itu termasuk mereka yang balik ke kampung untuk bercuti sempena Tahun Baharu Cina(TBC) menurut tradisi dan juga pelancong di dalam dan luar negara dalam cuti panjang TBC ini.

 

Sekurang-kurang dua kawan Satria sedang membawa keluarga masing-masing melawat Malaysia pada masa ini. Satria sekeluarga pula tidak sabar hendak melawat ke Dali dan Lijiang, provinsi Yunnan tiga hari kemudian.

 

Seperti apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung PBB, António Guterres, Loong adalah simbol dinamik, kebijaksanaan, perlindungan dan tuah. Inilah yang diperlukan oleh manusia untuk menghadapi cabaran masa ini.

 

Orang China gembira menyambut TBC, juga optimis terhadap masa depan.