"Overtur Gala TBC" Disiarkan dalam Karnival Tahun Naga di Argentina

2024-02-07 13:33:23  CRI
Share with:

Karnival "Keriangan Tahun Baharu Cina (TBC)" telah diadakan di Buenos Aires, Argentina baru-baru ini. Video promosi Kumpulan Media China (CMG) "Menonton Malam Gala TBC, Sambut Tahun Naga" yang ditayangkan pada skrin utama elah membawa keriangan perayaan 'tahun naga' kepada 70,000 penonton.

Karnival yang dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar China ke Argentina dan kerajaan bandar Buenos Aires itu merupakan salah satu aktiviti perayaan TBC yang berskala paling besar di rantau Amerika Latin dewasa ini, dan dilaporkan sudah menjadi "temasya" yang dinanti-nantikan penduduk setempat. Dalam karnival terbabit, para  pengunjung berpeluang menikmati tarian naga dan singa, silat bela diri, nyanyian dan tarian tradisional serta hidangan gastronomi, di samping mendekati dan menghayati adat resam dan kebudayaan China.