Xi Ucap Tahniah kepada Bukele Terpilih Lagi Presiden EI Salvador

2024-02-07 14:38:56  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Nayib Bukele atas terpilihnya lagi sebagai Presiden EI Salvador pada Isnin.

Xi menyatakan bahawa China dan EI Salvador mendorong hubungan bilateral berkembang pesat dengan menyeluruh pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama substantif yang dilihat telah membawa manfaat yang benar-benar kapada penduduk tempatan. Ini penuh membuktikan ikatan diplomatik antara China dan EI Salvador selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara demi manfaat rakyat untuk jangka masa yang panjang.

Xi amat menghargai Presiden Bukele yang teguh mengamalkan prinsip Satu China,  amat mementingkan hubungan dua hala dan bersedia bersama Presiden Bukele meningkatkan kepemimpinan yang berpandukan strategi, dan merancakkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk mendorong hubungan bilateral meningkat ke tahap baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.