Suasana Sambutan TBC yang Meriah di Kota Purba Kashgar, Xinjiang

2024-02-07 11:06:39  CRI
Share with:

Suasana meriah dilihat di setiap pelosok kota purba Kashgar di wilayah Xinjiang, barat laut China sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan datang, ketika ini. 

Kota purba Kashgar yang diselimuti salji, seindah lukisan. Kanak-kanak kelihatan amat gembira bermain di lorong-lorong, penduduk tempatan sibuk membeli-belah di bazar. 

Di jalan-jalan dan lorong-lorong kota purba ini, tergantung simpulan China dan hiasan yang membawa makna bertuah, manakala persembahan tarian naga dan singa menambah suasana perayaan. 

Jom ikuti lensa kami untuk menghayati pesona kota purba ini.