Sesi Prmosi "Prelud Gala TBC" CMG Diadakan di Afrika Selatan

2024-02-07 11:09:29  CRI
Share with:

Sesi promosi "Prelud Gala Tahun Baharu Cina (TBC)" diadakan di Dataran Mandela yang terletak di Johannesburg, bandar terbesar di Afrika Selatan, dan juga pusat ekonomi dan kewangan di Afrika, pada 4 Feb. 

Klip video promosi Gala TBC Kumpulan Media China (CMG) ditayangkan secara berulang-ulang pada skrin besar di Dataran Mandela, menarik perhatian penduduk tempatan. 

Tayangan klip video itu sekali gus menambah suasana perayaan Tahun Loong kepada lebih 300,000 perantau China dan orang keturunan Cina di Afrika Selatan. 

Konsul Jeneral China di Johannesburg, Pan Qingjiang menyatakan bahawa Gala TBC CMG, sebagai "pesta visual", telah menjadi satu kemestian bagi rakyat China sempena sambuatan TBC. 

"Kini, dengan tayangan klip video promosi ini, Gala TBC CMG akan semakin merapatkan hubungan persahabatan antara rakyat China dan Afrika Selatan," ujar beliau.