Mesyuarat Kumpulan Kerja Ekonomi China-AS ke-3 Diadakan

2024-02-07 14:37:24  CRI
Share with:

Kumpulan Kerja Ekonomi China-Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan mesyuarat ketiga di Beijing pada 5 hingga 6 Februari, yang turut disempurnakn dengan kehadiran Menteri Kewangan China, Lan Fo'an yang kemudian memilih mengadakan komunikasi ringkas dengan pihak AS.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Kewangan China, Liao Min dan rakan sejawatnya dari AS, Jay Shambaugh, dan menyaksikan penglibatan keanggotaan dari jabatan ekonomi kedua-dua pihak.

Berdasarkan tiga konsensus penting yang tercapai dalam pertemuan ketua perunding di San Francisco, kedua-dua pihak telah mengadakan pertukaran yang mendalam, ikhlas dan konstruktif mengenai pelbagai topik termasuk situasi ekonomi makro dan dasar kedua-dua negara, kerjasama kewangan Kumpulan 20, hutang negara membangun dan dasar industri.

China memberi keprihatinan terhadap beberapa isu termasuk tarif tambah terhadap produk China, sekatan terhadap pelaburan dua hala dan sekatan serta penindasan yang dilakukan AS terhadap syarikat China.

Kedua-dua pihak bersetuju meneruskan komunikasi yang serupa.