Kedutaan Besar dan Konsulat China Sambut TBC 2024

2024-02-07 12:08:54  cri
Share with:


Pada hari-hari kebekalangan ini, kedutaan besar dan konsulat China di sebahagian negara asing telah mengadakan aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang beraneka ragam.

Dalam majlis resepsi anjuran Kedutaan Besar China di Malaysia, lebih seribu orang melibatkan tokoh politik peringkat tinggi seperti Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, pemimpin parti politik dan para sahabat dari pelbagai kalangan masyarakat negara itu telah berkumpul bersama-sama untuk menyambut TBC 2024.

Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing menyampaikan Selamat TBC kepada para tetamu, dan menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai kata sepakat yang penting tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia yang dilihat sebagai satu lembaran baharu dalam perkembangan hubungan bilateral.

Fadillah pula berkata, 2024 ialah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara. Beliau yakin persahabatan Malaysia-China akan terus berkembang maju demi manfaat rakyat kedua-dua negara.