China Tetap Destinasi Pelaburan yang Penting bagi Syarikat AS

2024-02-07 14:42:49  CRI
Share with:

Sebuah laporan tinjauan terkini yang dikeluarkan AmCham China baru-baru ini menunjukkan bahawa 50% syarikat AS yang menerima tinjau itu tetap memilih China sebagai destinasi pelaburan pertama atau menjadikannya antara tiga destinasi terdepan dalam lingkungan seluruh dunia.

Tinjauan yang dijalankan pada bulan Oktober dan November tahun lalu itu disertai 343 buah syarikat AS.

Menurut laporan itu, kebanyakan responden menyatakan akan mengekalkan landskapnya di China, dan 77% responden tidak pernah menggubal rancangan untuk mengundurkan pengeluaran atau urusan pembeliannya dari China.

Antara keseluruhan responden tersebut, kira-kira separuh daripadanya menyatakan akan mengekalkan skop pelaburan yang sedia ada di China pada tahun 2024, bahkan hampir 40% daripadanya merancang akan menambah pelaburan berikutan pasaran China sudah dijadikan keutamaan dalam pelaksanaan strategi mereka dan muncul trend yang pesat dalam pertumbuhan ekonomi China.